SESI SERAHAN BANTUAN BENCANA SEMASA OPERASI SKUAD IHSAN MADANI KPT – MISI BANTUAN PASCA BENCANA BANJIR DI KELANTAN
Pada 19 Disember 2024, pihak Yayasan Perkasa Siswa bersama-sama YBrs. Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, YBrs. Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan para pegawai Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta Sekretariat Majlis Keusahawanan Universiti Malaysia (MASKUM) berkesempatan menyertai Operasi Skuad Ihsan MADANI KPT di USM (Kampus Kesihatan), Kubang Kerian, Kelantan bagi menyampaikan bantuan bencana kepada mahasiswa UMK yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara.
Encik Hirman bin Awang selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa juga merangkap Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menyampaikan Bantuan Khas Bencana berjumlah RM14,000 kepada 17 mahasiswa UMK yang terjejas. Pihak UMK turut membekalkan 17 kotak bantuan makanan kering yang bernilai RM100 kepada para mahasiswa.
Seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan takziah atas musibah tersebut. Semoga segala urusan para mahasiswa dan keluarga dipermudahkan. Amin