SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Pada 29 Jun 2025 (Ahad), Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan satu sesi libat urus bersama barisan kepimpinan mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota yang turut melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta wakil-wakil kelab/persatuan mahasiswa.
Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan dengan lebih dekat peranan dan inisiatif Yayasan dalam mendokong usaha pemerkasaan mahasiswa di institusi pendidikan tinggi. Di samping itu, pertemuan ini turut menjadi platform bagi memperkukuh hubungan dua hala antara Yayasan dan mahasiswa serta memperluas jangkauan maklumat terus kepada kumpulan sasar. Yayasan Perkasa Siswa komited untuk terus menyokong pembangunan holistik mahasiswa melalui kerjasama strategik dan pendekatan yang lebih inklusif.
Sesi libat urus ini diketuai oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin, Pengurus Kolaborasi dan Strategik, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa. Turut hadir bersama ialah pegawai-pegawai dari Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMK.
Laporan Oleh: Nur Amirah
Foto Oleh: Firdhaus