

SEDIH, NAMUN ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA
Pada 1 Mei 2025, Yayasan Perkasa Siswa menerima khabar duka mengenai pemergian seorang pelajar Semester 2, Jurusan Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Allahyarham Ahmad Azamuddin bin Ahmad Solahuddin yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Sebagai tanda keprihatinan, wakil Yayasan Perkasa Siswa, Encik Zulkifli bin Che Hussin, Pengurus Kolaborasi dan Strategik, bersama pegawai UniMAP, Encik Mohamad Hafiz bin Mohamad Shokri dari Unit Kebajikan dan Pembiayaan, telah hadir untuk menziarahi keluarga Allahyarham.
Dalam kunjungan tersebut, Bantuan Khairat Kematian telah diserahkan kepada bapa Allahyarham, Encik Ahmad Solahuddin, sebagai sokongan moral dan sumbangan ikhlas daripada Yayasan Perkasa Siswa.
Seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan warga Yayasan Perkasa Siswa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.