PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA
Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan perbincangan strategik bersama Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi menjalin sinergi baharu yang berpotensi besar dalam memperkasa mahasiswa di IPT.
Dalam sesi penuh makna ini, pelbagai perkara telah dibincangkan secara mendalam termasuk peluang sumbangan dan inisiatif bantuan yang boleh digerakkan secara bersama antara MITRA dan Yayasan. Pertemuan ini menzahirkan komitmen kedua-dua pihak dalam memastikan tiada mahasiswa yang tercicir daripada menerima manfaat sewajarnya.
Yayasan turut diberi ruang eksklusif untuk membentangkan peranan, fungsi serta hala tuju strategik dalam mengangkat agenda pemerkasaan mahasiswa di peringkat nasional. Pembentangan ini menjadi landasan penting dalam menyatukan misi dan membuka pintu kerjasama rentas agensi, selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi cemerlang dan berdaya saing.
Sesi perbincangan ini turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Pengerusi MITRA, YBrs. Encik Prabagaran a/l Ganapathy, Ketua Pengarah MITRA dan YBrs. Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa mewakili Yayasan.
Disediakan oleh: Muhammad Adli
Jurufoto: Muhammad Adli