



MAJLIS PENYERAHAN GERAN AKTIVITI KEPADA PERTUBUHAN PERGIGIAN SEGi UNIVERSITY (SEGi DENTAL SOCIETY)
Pada 4 Mac 2025, Fakulti Pergigian SEGi University telah mengadakan Majlis Perasmian Bilik Gerakan Pertubuhan Pergigian SEGi (SDS) di SEGi University, Kota Damansara. Majlis ini juga diserikan dengan penyerahan Geran Aktiviti bernilai RM5,000.00 daripada Yayasan Perkasa Siswa (YPS) kepada SDS.
Geran tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, kepada Saudari Nur Alya bin Salihah, Presiden Pertubuhan Pergigian SEGi (SDS). Penyerahan ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti yang dirancang oleh SDS, sekaligus memberikan manfaat kepada pelajar di SEGi University.
Turut hadir pada majlis ini adalah Prof. Dr. Srikumar Chakravarthi, Timbalan Naib Canselor SEGi University dan Kapt (R) Dato’ Professor Emeritus Dr. Hashim Yaacob, Dekan Fakulti Pergigian SEGi University.
Semoga dengan perasmian bilik gerakan dan penyerahan Geran Aktiviti ini dapat memperkasakan aktiviti kemahasiswaan di SEGi University.