MAJLIS MAKAN MALAM BURHAN INSPIRATION’S NIGHT 2025 (BRIGHT 25)
Pada 18 Jun 2025, Kolej Burhanuddin Helmi (KBH), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah menganjurkan “Burhan Inspiration’s Night 2025 (BRIGHT 25)”, majlis makan malam penuh gilang-gemilang bagi meraikan pelajar tahun akhir serta mahasiswa yang banyak menyumbang kepada pembangunan kolej.
Majlis tersebut menjadi lebih bermakna apabila menyantuni 50 orang tetamu istimewa dari kalangan anak-anak yatim dan penjaga dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ummi & Waled serta Rumah Bakti Al-Kausar.
Majlis telah disempurnakan oleh Encik Wong Min Zhi, Eksekutif Kanan dari Berjaya Care Foundation. Turut hadir ialah YBrs. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UKM, Puan Nur Amirah binti Mohd Agus, wakil Yayasan Perkasa Siswa, YBrs. Prof. Madya Chm. Dr. Nur Hasyareeda binti Hassan, Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) dan Saudara Muhammad Awliya bin Mohd Fauzi, Presiden Kesatuan Mahasiswa UKM.