SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL

SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 1
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 2
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 3
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 5
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 5
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 6
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 7
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL
 
Yayasan Perkasa Siswa julung kalinya telah menjadi sebahagian daripada penganjuran Ekspedisi Kayak Merdeka UMT. Ekspedisi ini telah diketuai oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan disertai oleh peserta daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) serta Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
 
Mengangkat semangat kemerdekaan dan kelestarian, ekspedisi ini telah merangkumi perjalanan mencabar sejauh 24 kilometer, bermula dari pesisir pantai UMT hingga ke Pulau Bidong, Terengganu. Lebih bermakna, ekspedisi ini dijalankan serentak dengan Pra Pelancaran ESG Global Young Leaders Summit 2025.
Majlis Pra Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, dan diiringi oleh YBrs. Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT.
 
Turut memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Fadli Mamat, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa UMT, YBrs. Encik Amalul Asyraf Rosli, Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi UMT, serta Encik Zulkifli Che Husin, Pengurus Kolaborasi dan Strategik Yayasan Perkasa Siswa yang hadir mewakili Yayasan.
 
Disediakan oleh: Muhammad Adli
Jurufoto: Muhammad Adli
 

SESI ZIARAH PELAJAR UiTM DENGKIL DITIMPA UJIAN MASALAH KESIHATAN

SESI ZIARAH PELAJAR UiTM DENGKIL DITIMPA UJIAN MASALAH KESIHATAN 1
SESI ZIARAH PELAJAR UiTM DENGKIL DITIMPA UJIAN MASALAH KESIHATAN 2
SESI ZIARAH PELAJAR UiTM DENGKIL DITIMPA UJIAN MASALAH KESIHATAN
 
Pada hari Selasa, 12 Ogos 2025, Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan sesi ziarah ke Hospital Kuala Lumpur bagi menziarahi Saudari Aisya Syurfa binti Abdullah, pelajar Asasi Undang-Undang, UiTM Dengkil yang sedang menjalani rawatan akibat masalah kesihatan serius.
 
Saudari Aisya Syurfa, berusia 17 tahun, telah disahkan menghidap kanser paru-paru dan lumpuh separuh badan pada 11 Julai 2025. Walaupun menghadapi ujian yang berat, beliau kekal tabah menjalani rawatan di hospital.
 
Sebagai tanda keprihatinan, sumbangan telah disampaikan oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin, Pengurus Kolaborasi & Strategik Yayasan Perkasa Siswa, kepada keluarga pelajar.
 
Dalam suasana penuh empati ini, seluruh warga Yayasan Perkasa Siswa merakamkan ucapan salam takziah dan doa buat Aisya Syurfa serta keluarga. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka.
 

 

CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA

CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA 1
CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA 2
CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA 3
CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA 4
CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA
 
Yayasan Perkasa Siswa telah tampil sebagai rakan strategik utama dalam penganjuran Program Chit Chat MADANI, sebuah inisiatif dinamik yang tercetus daripada ilham bernas Backbenchers Club. Program berimpak tinggi ini telah dikoordinasikan secara profesional oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BHEP JPT) sebagai medium penting dalam memastikan suara mahasiswa bukan sahaja bergema di peringkat kementerian, malah didengari hingga ke dewan Parlimen.
 
Program ini berjaya menghimpunkan pemimpin-pemimpin mahasiswa dalam satu platform eksklusif untuk sesi perkongsian pandangan dan dialog terbuka bersama barisan Ahli Parlimen. Inisiatif ini merupakan bukti nyata komitmen kerajaan dalam menjulang suara dan aspirasi mahasiswa ke peringkat nasional serta memperkukuh agenda pemerkasaan mahasiswa.
 
Antara Ahli Parlimen yang terlibat termasuk YB Puan Young Syefura binti Othman (Ahli Parlimen Bentong), YB Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan (Ahli Parlimen Kuala Pilah) dan YB Tuan Chiew Choon Man (Ahli Parlimen Miri).
 
Kemuncak program diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh penting negara, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi serta YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, yang memberi suntikan semangat dan iltizam dalam menjayakan wawasan pendidikan tinggi negara selari dengan prinsip Malaysia MADANI.
 
 

PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA

PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA 1
PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA 2
PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA 3
PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA 4
PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA 5
PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA
 
Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan perbincangan strategik bersama Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi menjalin sinergi baharu yang berpotensi besar dalam memperkasa mahasiswa di IPT.
 
Dalam sesi penuh makna ini, pelbagai perkara telah dibincangkan secara mendalam termasuk peluang sumbangan dan inisiatif bantuan yang boleh digerakkan secara bersama antara MITRA dan Yayasan. Pertemuan ini menzahirkan komitmen kedua-dua pihak dalam memastikan tiada mahasiswa yang tercicir daripada menerima manfaat sewajarnya.
 
Yayasan turut diberi ruang eksklusif untuk membentangkan peranan, fungsi serta hala tuju strategik dalam mengangkat agenda pemerkasaan mahasiswa di peringkat nasional. Pembentangan ini menjadi landasan penting dalam menyatukan misi dan membuka pintu kerjasama rentas agensi, selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi cemerlang dan berdaya saing.
 
Sesi perbincangan ini turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Pengerusi MITRA, YBrs. Encik Prabagaran a/l Ganapathy, Ketua Pengarah MITRA dan YBrs. Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa mewakili Yayasan.
Disediakan oleh: Muhammad Adli
Jurufoto: Muhammad Adli
 

MAHASISWA TEKNIKAL TERUS DIANGKAT

MAHASISWA TEKNIKAL TERUS DIANGKAT 1
MAHASISWA TEKNIKAL TERUS DIANGKAT 3
MAHASISWA TEKNIKAL TERUS DIANGKAT 2
MAHASISWA TEKNIKAL TERUS DIANGKAT
 
Yayasan Perkasa Siswa melalui siri libat urus melibatkan mahasiswa IPT tahun 2025 menjadi fokus utama dalam memastikan pemerkasaan mahasiswa dapat dicapai kepada setiap individu di universiti. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) telah menjadi lokasi seterusnya dalam sesi libat urus Yayasan bersama kepimpinan Mahasiswa.
 
Sesi ini dilihat memfokuskan kepada pembangunan mahasiswa dalam aspek pemerkasaan pembangunan program dan aktiviti berkaitan teknikal di IPT. Melalui sesi ini Yayasan dapat mengumpul maklumat berkaitan keperluan mahasiswa dalam memenuhi kehendak semasa khususnya dalam bidang teknikal.
 
Libat urus ini turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Hazli Rafis Abdul Rahim, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar dan Alumni UTeM dan Encik Muhammad Haziq Mazelan, Penolong Pendaftar Pusat Pembangunan Pelajar dan Alumni UTeM.
 
Disediakan oleh : Muhammad Adli Jamiri
Jurufoto : Muhammad Adli Jamiri
 
 

PEMERKASAAN MAHASISWA TERUS DIANGKAT

PEMERKASAAN MAHASISWA TERUS DIANGKAT
 
Yayasan Perkasa Siswa terus mengangkat agenda pemerkasaan mahasiswa melalui sesi-sesi libat urus yang diadakan bersama mahasiswa di IPT. Hari ini 11 Julai 2025 Pengurus Kolaborasi Strategik Yayasan telah mengetuai sesi libat urus bersama mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM).
 
Sesi libat urus inj telah diadakan bagi menerangkan berkaitan peranan Yayasan dalam memberi penajaan kepada program dan aktiviti pelajar di IPT. Sesi ini turut disertai oleh YBrs. Dr. Miradatul Najwa, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Kejuruteraan UiTM serta beberapa kepimpinan mahasiswa.
Sesi libat urus ini akan terus diadakan bagi memastikan agenda pemerkasaan mahasiswa terus subur dalam kalangan mahasiswa di IPT seluruh Malaysia.
 
Disediakan oleh : Muhammad Adli
Jurufoto : Muhammad Adli
 

KEHIDUPAN YANG HARUS DITERUSKANKEHIDUPAN YANG HARUS DITERUSKAN

KEHIDUPAN YANG HARUS DITERUSKAN
 
Pada 8 Julai 2025, wakil Yayasan Perkasa Siswa telah menziarahi Saudari Nor Amirah Atiqah binti Azhar, pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Teknologi Pembinaan Bangunan dengan Kepujian, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
 
Saudari Nor Amirah telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Alor Gajah, Melaka pada 30 Jun 2025 dan mengalami kecederaan serius termasuk patah kaki. Lebih menyedihkan, kemalangan tersebut turut meragut nyawa kedua ibu bapanya.
 
Sebagai tanda keprihatinan, Yayasan Perkasa Siswa bersama YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Rashid bin Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) serta barisan staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan delegasi UTHM telah mengadakan sesi ziarah serta menyampaikan bantuan.
 
Penyerahan Bantuan Kemalangan telah disampaikan oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin mewakili Yayasan Perkasa Siswa kepada Saudari Nor Amirah.
Semoga Saudari Nor Amirah terus diberi kekuatan untuk pulih dan meneruskan pengajian, dan seluruh ahli keluarga tabah menghadapi ujian ini.
 
Laporan oleh : Fitri
Foto oleh : Firdhaus
 
 

SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UMT DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA

SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UMT DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA
 
Pada 3 Julai 2025, Yayasan Perkasa Siswa menerima perkhabaran duka pemergian seorang pelajar Tahun 1, Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Allahyarhamah Siti Ain Balqis binti Hamdan yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.
 
Sebagai tanda keprihatinan, pihak Yayasan telah menziarahi keluarga Allahyarhamah di kediaman mereka di Gombak, Kuala Lumpur. Dalam ziarah tersebut, Bantuan Khairat Kematian telah disampaikan oleh wakil Yayasan, Encik Muhammad Adli bin Jamiri, kepada waris Allahyarhamah.
 
Dalam suasana yang penuh kesedihan ini, seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan warga Yayasan Perkasa Siswa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian yang berat ini.
 
Laporan Oleh: Fitri
Foto Oleh: Amirah / Adli
 

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UNIMAP

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UNIMAP 1
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UNIMAP 2
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UNIMAP 3
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UNIMAP 4
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UNIMAP
 
Pada 3 Julai 2025 (Khamis), telah berlangsung sesi penyerahan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi bakal mahasiswa UniMAP. Program ini bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah serta memberi sokongan moral kepada pelajar yang akan memulakan pengajian di peringkat lebih tinggi.
 
Delegasi UniMAP diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Mustafa Albakri Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), bersama Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamed Syahmie Mohamad Rasidi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), barisan Timbalan Pengarah JHEP serta Saudara Muhammad Syamil Ramlan, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP.
 
Dalam kunjungan tersebut, UniMAP menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Perkasa Siswa sebagai tanda sokongan terhadap kebajikan pelajar. Majlis Perwakilan Pelajar turut menyerahkan sumbangan hasil kutipan warga UniMAP yang prihatin dan cakna terhadap keperluan rakan-rakan pelajar.
 
Laporan Oleh: Fitri
Foto Oleh: Pihak UniMAP
 
 

MALAM CERITERA MURBA 2025 @ USM PULAU PINANG

MALAM CERITERA MURBA 2025 @ USM PULAU PINANG 1
MALAM CERITERA MURBA 2025 @ USM PULAU PINANG 2
MALAM CERITERA MURBA 2025 @ USM PULAU PINANG 3
MALAM CERITERA MURBA 2025 @ USM PULAU PINANG 4
MALAM CERITERA MURBA 2025 @ USM PULAU PINANG
 
Yayasan Perkasa Siswa merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai (MPDAD) atas kejayaan menganjurkan Malam Ceritera Murba 2025 yang telah berlangsung dengan penuh meriah pada 29 Jun 2025 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM).
Program berimpak tinggi seperti ini bukan sahaja mencungkil bakat dalam kalangan mahasiswa, malah turut memperkasa semangat kesenian dan memperkayakan nilai kebudayaan tanah air.
 
Yayasan Perkasa Siswa amat berbesar hati dapat menyumbang serta menyokong usaha-usaha murni seperti ini yang selari dengan aspirasi pembangunan sahsiah dan potensi diri mahasiswa.
 
Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta, khususnya para pemenang yang berjaya memikat hati para juri dan penonton. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih gemilang di masa hadapan.
 
Kami berharap agar program-program berteraskan budaya dan kesenian sebegini terus diperkasa dan menjadi platform penting dalam mencorak mahasiswa yang seimbang dari segi ilmu, jiwa dan nilai kesenian.
 
Laporan Oleh: Nur Amirah
Foto Oleh: Firdhaus
 

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2024 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)