ADIKARMA CAMPUS TOUR 2025: CERMINAN SENI & ASPIRASI MAHASISWA
Yayasan Perkasa Siswa dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kumpulan Kesenian Adikarma Universiti Sains Malaysia di atas penganjuran cemerlang program malam kebudayaan berprestij iaitu Adikarma Campus Tour 2025 yang telah diadakan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM pada 28 Jun 2025.
Kumpulan kesenian ini telah berjaya memukau penonton dengan persembahan yang mempamerkan kekayaan warisan budaya Malaysia dan kreativiti luar biasa mahasiswa dari USM.
Adikarma Campus Tour 2025 ini telah dirasmikan oleh Professor Dr. Shaiful Bahari Ismail, Pengarah Kampus Kesihatan USM, yang juga turut menzahirkan komitmen universiti dalam memupuk bakat mahasiswa.
Turut hadir sebagai wakil dari pihak Yayasan Perkasa Siswa ialah Encik Zulkifli bin Che Hussin selaku Pengurus Kolaborasi & Strategik. Yayasan menyokong sepenuhnya usaha dan inisiatif bagi mendorong pembangunan bakat dan pemerkasaan budaya dalam kalangan mahasiswa. Naratif budaya yang dibawa menerusi program ini berperanan sebagai “wardah penyampaian” iaitu jambatan yang menyatukan masyarakat melalui seni dan warisan.
Semoga semangat kecintaan terhadap seni dan budaya akan terus berkembang subur dalam sanubari mahasiswa, seterusnya membentuk masyarakat yang berbudaya dan berinspirasi.
Laporan oleh: Amirah
Foto oleh: Firdhaus