YPS SANTUNI DUA MAHASISWA TERLIBAT KEMALANGAN
KOTA BHARU – Yayasan Perkasa Siswa (YPS) terus menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa melalui penyampaian Bantuan Kemalangan kepada dua orang mahasiswa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Sumbangan disampaikan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan YPS bagi membantu meringankan beban keluarga Mohd Safri bin Mohd Yaki, mahasiswa Politeknik Premier Kota Bharu (PKB) yang kini menerima rawatan di ICU Hospital Tanah Merah, serta Mohamad Hafifie Mohd Safikie, mahasiswa Ijazah Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Bangi yang turut terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Bantuan ini diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga kedua-dua mahasiswa yang sedang berdepan detik penuh mencabar.
YPS mendoakan agar Mohd Safri dan Mohamad Hafifie diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga dalam menghadapi ujian ini.
#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI