Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 terus menerima kunjungan pelbagai dif-dif kehormat, pemimpin institusi, tokoh akademik serta para penggiat industri penerbitan sepanjang penganjuran acara tersebut di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Kehadiran para tetamu kehormat ini mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa budaya ilmu, penerbitan ilmiah dan pembangunan ekosistem pembacaan negara. Lawatan tersebut turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan, pertukaran idea serta pengukuhan jaringan kerjasama strategik antara pelbagai pihak berkepentingan.

Sebagai platform yang menghimpunkan penerbit-penerbit ilmiah dari seluruh negara, Pavilion MAPIM terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan karya berkualiti, memperluas akses kepada sumber ilmu serta menyokong agenda pembangunan modal insan berteraskan pengetahuan.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI