YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UPSI
Pada 17 September 2025 (Rabu), telah berlangsung satu sesi penyerahan Bantuan Pendidikan kepada Nur Hidayatul Izzati binti Mohd Khamis, bakal mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah, di samping memberi dorongan awal kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, YBrs. Hirman bin Awang. Turut hadir ialah YBrs. Profesor Dr. Norkhalid bin Salimin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI.
Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat buat pelajar untuk terus berjaya dalam bidang akademik dan kehidupan di kampus.