MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 1
MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 2
MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 3
MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 4
MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 5
MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME: UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68

YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang juga mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa (YPS), telah menyempurnakan Majlis Flag Off Program Kembara Merdeka Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Program penuh bersejarah ini menghimpunkan seramai 68 warga UMK termasuk 15 orang mahasiswa daripada Majlis Perwakilan Pelajar UMK dengan penglibatan 14 buah kenderaan yang berkonvoi bersama-sama menyemarakkan semangat perjuangan.

Penganjuran Kembara Merdeka UMK ini diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang bakal diraikan tidak lama lagi, dengan matlamat utama menyuntik semangat patriotisme, memperkukuh rasa cinta akan tanah air, serta menyalakan obor kebangsaan dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi.

Majlis Flag Off ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK; YBrs. Encik Khairul Eruwan Abdul Halim, Pendaftar UMK; serta YBrs. Encik Kaliyapan A/L Rajakumaran yang mewakili Yayasan Perkasa Siswa selaku penaja utama yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini.