






SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL
Yayasan Perkasa Siswa julung kalinya telah menjadi sebahagian daripada penganjuran Ekspedisi Kayak Merdeka UMT. Ekspedisi ini telah diketuai oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan disertai oleh peserta daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) serta Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Mengangkat semangat kemerdekaan dan kelestarian, ekspedisi ini telah merangkumi perjalanan mencabar sejauh 24 kilometer, bermula dari pesisir pantai UMT hingga ke Pulau Bidong, Terengganu. Lebih bermakna, ekspedisi ini dijalankan serentak dengan Pra Pelancaran ESG Global Young Leaders Summit 2025.
Majlis Pra Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, dan diiringi oleh YBrs. Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT.
Turut memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Fadli Mamat, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa UMT, YBrs. Encik Amalul Asyraf Rosli, Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi UMT, serta Encik Zulkifli Che Husin, Pengurus Kolaborasi dan Strategik Yayasan Perkasa Siswa yang hadir mewakili Yayasan.
Disediakan oleh: Muhammad Adli
Jurufoto: Muhammad Adli