


SESI ZIARAH PELAJAR UiTM DENGKIL DITIMPA UJIAN MASALAH KESIHATAN
Pada hari Selasa, 12 Ogos 2025, Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan sesi ziarah ke Hospital Kuala Lumpur bagi menziarahi Saudari Aisya Syurfa binti Abdullah, pelajar Asasi Undang-Undang, UiTM Dengkil yang sedang menjalani rawatan akibat masalah kesihatan serius.
Saudari Aisya Syurfa, berusia 17 tahun, telah disahkan menghidap kanser paru-paru dan lumpuh separuh badan pada 11 Julai 2025. Walaupun menghadapi ujian yang berat, beliau kekal tabah menjalani rawatan di hospital.
Sebagai tanda keprihatinan, sumbangan telah disampaikan oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin, Pengurus Kolaborasi & Strategik Yayasan Perkasa Siswa, kepada keluarga pelajar.
Dalam suasana penuh empati ini, seluruh warga Yayasan Perkasa Siswa merakamkan ucapan salam takziah dan doa buat Aisya Syurfa serta keluarga. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka.