CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA 1
CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA 2
CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA 3
CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA 4
CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA
 
Yayasan Perkasa Siswa telah tampil sebagai rakan strategik utama dalam penganjuran Program Chit Chat MADANI, sebuah inisiatif dinamik yang tercetus daripada ilham bernas Backbenchers Club. Program berimpak tinggi ini telah dikoordinasikan secara profesional oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BHEP JPT) sebagai medium penting dalam memastikan suara mahasiswa bukan sahaja bergema di peringkat kementerian, malah didengari hingga ke dewan Parlimen.
 
Program ini berjaya menghimpunkan pemimpin-pemimpin mahasiswa dalam satu platform eksklusif untuk sesi perkongsian pandangan dan dialog terbuka bersama barisan Ahli Parlimen. Inisiatif ini merupakan bukti nyata komitmen kerajaan dalam menjulang suara dan aspirasi mahasiswa ke peringkat nasional serta memperkukuh agenda pemerkasaan mahasiswa.
 
Antara Ahli Parlimen yang terlibat termasuk YB Puan Young Syefura binti Othman (Ahli Parlimen Bentong), YB Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan (Ahli Parlimen Kuala Pilah) dan YB Tuan Chiew Choon Man (Ahli Parlimen Miri).
 
Kemuncak program diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh penting negara, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi serta YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, yang memberi suntikan semangat dan iltizam dalam menjayakan wawasan pendidikan tinggi negara selari dengan prinsip Malaysia MADANI.