KEHIDUPAN YANG HARUS DITERUSKAN
Pada 8 Julai 2025, wakil Yayasan Perkasa Siswa telah menziarahi Saudari Nor Amirah Atiqah binti Azhar, pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Teknologi Pembinaan Bangunan dengan Kepujian, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Saudari Nor Amirah telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Alor Gajah, Melaka pada 30 Jun 2025 dan mengalami kecederaan serius termasuk patah kaki. Lebih menyedihkan, kemalangan tersebut turut meragut nyawa kedua ibu bapanya.
Sebagai tanda keprihatinan, Yayasan Perkasa Siswa bersama YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Rashid bin Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) serta barisan staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan delegasi UTHM telah mengadakan sesi ziarah serta menyampaikan bantuan.
Penyerahan Bantuan Kemalangan telah disampaikan oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin mewakili Yayasan Perkasa Siswa kepada Saudari Nor Amirah.
Semoga Saudari Nor Amirah terus diberi kekuatan untuk pulih dan meneruskan pengajian, dan seluruh ahli keluarga tabah menghadapi ujian ini.
Laporan oleh : Fitri
Foto oleh : Firdhaus