SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA KAMPUS KESIHATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Pada 28 Jun 2025 (Ahad), Yayasan Perkasa Siswa telah menjalankan sesi libat urus bersama barisan kepimpinan mahasiswa Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan wakil kelab serta persatuan pelajar.
Sesi ini bukan sekadar ruang untuk memperkenalkan peranan dan inisiatif Yayasan, malah menjadi platform untuk mendengar suara mahasiswa secara terus, tentang keperluan, harapan serta cabaran semasa yang mereka hadapi di kampus.
Pihak Yayasan turut berkongsi pelbagai bentuk sokongan dan peluang yang boleh dimanfaatkan oleh mahasiswa dalam aspek kebajikan, pembangunan kapasiti, serta program berimpak tinggi yang mendokong agenda pendidikan holistik.
Yayasan Perkasa Siswa amat menghargai keterbukaan dan komitmen barisan kepimpinan mahasiswa dalam sesi ini. Diharapkan jalinan kerjasama strategik ini akan terus diperkasa demi membentuk ekosistem pendidikan tinggi yang lebih inklusif, progresif dan responsif kepada keperluan semasa.
Laporan Oleh: Nur Amirah
Foto Oleh: Firdhaus