SENTUHAN PRIHATIN: YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI DI JERTEH, TERENGGANU
Pada 29 Jun yang lalu, Yayasan Perkasa Siswa berkesempatan menyertai Program Ziarah Kasih KPT Prihatin bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di sekitar Jerteh, Terengganu.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa yang terlibat dalam tragedi yang berlaku baru-baru ini.
Yayasan Perkasa Siswa merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban, dan mendoakan agar mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Bagi mangsa yang masih menerima rawatan di hospital mahupun yang sedang berehat di rumah, kami mendoakan agar mereka segera diberikan kesembuhan dan kembali pulih seperti sediakala.
Laporan Oleh: Nur Amirah
Foto Oleh: Unit Komunikasi Korporat KPT