YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH 1
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH 2
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH 3
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH 4
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH 5
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH 6
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH
 
Satu sesi penyerahan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) telah diadakan pada 28 Jun 2025 (Sabtu) di Daerah Kota Belud, Sabah. Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban bakal mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, selain menyokong semangat dan tekad mereka dalam meneruskan perjalanan akademik.
 
Yayasan Perkasa Siswa (YPS) turut serta dalam sesi ini bersama-sama Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, bagi menyampaikan surat tawaran kemasukan serta sumbangan kepada para penerima di kediaman masing-masing. Turut hadir ialah wakil-wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA JPT), Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTM Sabah) dan Politeknik Kota Kinabalu (PKK).
 
Memetik kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pihak Yayasan mendukung sepenuhnya usaha menyantuni pelajar luar bandar ini bagi mengurangkan jurang akses kepada pendidikan tinggi, sekaligus memperkukuh pembangunan modal insan negara. Pihak Yayasan juga sentiasa bersedia untuk menyalurkan bantuan awal pendidikan kepada para pelajar yang memerlukan.