


SESI KUNJUNGAN HORMAT JAWATANKUASA PILIHANRAYA KAMPUS (JPRK) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) KE YAYASAN PERKASA SISWA
Pada 15 Mei 2025 (Jumaat), Yayasan Perkasa Siswa telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jawatankuasa Pilihanraya Kampus (JPRK) Universiti Utara Malaysia (UUM). Sesi Kunjungan Hormat ini adalah salah satu sesi di bawah program Bengkel dan Jelajah Aspirasi JPRK UUM ke beberapa agensi dan badan kerajaan. Sesi libat urus ini diadakan bertujuan bagi melihat perjalanan Pilihanraya Kampus (PRK) yang telah berlansung dan kejayaan pelaksanaan PRK di UUM. Sesi kunjungan hormat ini juga diadakan bagi menyampaikan penghargaan kepada Yayasan atas sumbangan yang telah diberikan kepada JPRK UUM bagi pelaksanaan pilihanraya kampus yang lalu.
Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Adli bin Jamiri, Eksekutif Sumbangan dan Bantuan mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa. Turut hadir dalam sesi ini Encik Muhammad Hariz Ahmad, Ketua Pengurusan dan Perancangan Strategik, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM dan Cik Saidatul Najwa binti Abdul Halim, Penolong Pegawai Tadbir, Seksyen Kepimpinan dan Jati Diri, Bahagian Hal Ehwal Pelajar JPT.