



IFTAR MAHABBAH YB TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
10 Mac 2025 | Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi
Program Iftar Mahabbah YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi diteruskan bagi siri ketiga dengan menyantuni mahasiswa-mahasiswi di UNITEN.
YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkesempatan mengagihkan juadah iftar dan beramah mesra bersama lebih kurang 1000 orang mahasiswa UNITEN yang hadir. Dalam ucapannya, beliau berkongsi kata-kata semangat dan motivasi, serta mengingatkan mahasiswa untuk memperbanyakkan amal soleh dalam usaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
Dalam majlis yang sama, YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi juga berbesar hati menyerahkan sumbangan kepada 20 orang mahasiswa berkeperluan melalui Sumbangan Kasih Ramadan Yayasan Perkasa Siswa dan Sumbangan Awal Pengajian melalui Dana Wakaf Ilmu (DWI) kepada 38 orang mahasiswa yang berkelayakan. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBrs. Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari (Naib Canselor UNITEN), barisan Pengurusan Kanan dan warga kerja UNITEN, serta pegawai-pegawai daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan Yayasan Perkasa Siswa.