KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI. 1
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI. 2
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI. 3
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI. 4
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
 
9 Mac 2025 | Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
 
Program Kembara Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diserikan lagi dengan kehadiran YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar dan warga Universiti Sains Malaysia (USM).
 
YB Menteri Pendidikan Tinggi berkesempatan menyertai acara rewang termasuk mengacau bubur lambuk dan mengagihkan juadah iftar bersama kakitangan USM dan beramah mesra bersama 1000 orang pelajar USM yang hadir dalam majlis ini. Dalam ucapannya, beliau menegaskan betapa pentingnya bulan Ramadan dalam mengeratkan perpaduan antara kita semua kerana bulan Ramadan mengajar kita untuk hidup dalam keharmonian dan mengukuhkan semangat perpaduan.
 
Turut hadir sama pada majlis ini adalah YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi LGU USM serta YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM.
 
Pada majlis ini juga YB Menteri Pendidikan Tinggi berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 20 orang pelajar berkeperluan menerusi Sumbangan Kasih Ramadan Yayasan Perkasa Siswa serta menyaksikan penyerahan sumbangan daripada RHB Islamic Bank Berhad dan sumbangan zakat oleh Bank Islam Malaysia Berhad, Affin Islamic Bank Berhad serta Lembaga Tabung Haji kepada USM.