KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 1
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 2
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 3
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 4
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
 
9 Mac 2025 | Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
 
Program Kembara Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diteruskan lagi dengan sesi sahur YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir bersama pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM).
 
Menerusi tazkirah subuh yang disampaikan, YB Menteri Pendidikan Tinggi menegaskan bahawa bulan Ramadan ini amat bermakna kepada umat Islam di seluruh dunia dengan menekankan elemen As-Siam dan Al-Qiyam. Kedua-dua elemen ini disatukan dalam satu bulan yang menjadikan bulan Ramadan sangat istimewa berbanding bulan-bulan yang lain.
 
Sesi sahur ini telah melibatkan seramai 600 orang pelajar dan kakitangan UUM. Turut hadir sama pada sesi sahur ini YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Naib Canselor UUM serta YBrs. Prof. Dr. Ahmad Martadha, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM.
 
Pada sesi sahur ini juga YB Menteri Pendidikan Tinggi berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 20 orang pelajar berkeperluan menerusi Sumbangan Kasih Ramadan Yayasan Perkasa Siswa serta menyaksikan penyerahan sumbangan daripada RHB Islamic Bank Berhad, sumbangan korporat serta sumbangan Baitulmal kepada UUM.