MAJLIS IFTAR MAHABBAH BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI 1
MAJLIS IFTAR MAHABBAH BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI 2
MAJLIS IFTAR MAHABBAH BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI 3
MAJLIS IFTAR MAHABBAH BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI 4
MAJLIS IFTAR MAHABBAH BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
 
5 Mac 2025 | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan
 
Program Iftar Mahabbah Bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah berlangsung dengan penuh bermakna di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis Iftar Mahabbah ini telah melibatkan hampir seramai 500 orang warga USIM, termasuk Pengurusan Kanan, pegawai dan pelajar.
 
YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, dalam ucapan beliau menegaskan tentang kepentingan penubuhan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang bersifat holistik di samping penerapan nilai-nilai islam terhadap pembangunan universiti mahupun kemenjadian mahasiswa.
 
Majlis ini turut dihadiri Naib Canselor USIM, YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) YBhg. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor dan Pendaftar USIM YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali.
 
Pada majlis yang sama, YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi turut mengambil kesempatan bagi menyampaikan Bantuan Kasih Ramadan sumbangan Yayasan Perkasa Siswa kepada 20 orang pelajar berkeperluan. Selain itu, majlis yang sama juga menyaksikan pihak RHB Islamic Bank Berhad menyampaikan sumbangan pelaksanaan inisiatif Kad MySiswa RM48,615.00 kepada USIM.