



KEMBARA RAMADAN KPT 2025/1446H | MALAYSIA MADANI
4 Mac 2025 | Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
Program Kembara Ramadan KPT 2025/1446H yang berlangsung penuh bermakna di Politeknik Port Dickson (PPD), telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kunjungan YB Menteri ke Centre for Electrical, Energy, Technology and Services (CENTS), sesi ramah mesra bersama pelajar serta aktiviti memasak bubur jagung.
Dalam program yang sama, YB Menteri turut menyaksikan penyerahan dermasiswa bernilai RM15,000 daripada Koperasi PPD, Tabung Amanah Zakat PPD bernilai RM14,000, serta Geran Aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2025 bernilai RM5,000 daripada Yayasan Perkasa Siswa.
Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari Ismail; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, Encik Hirman Bin Awang, serta Pengarah PPD, Haji Hasan Mohd Sharif.