SESI ZIARAH PELAJAR UNIMAS DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA 1
SESI ZIARAH PELAJAR UNIMAS DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA 2
SESI ZIARAH PELAJAR UNIMAS DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA 3
SESI ZIARAH PELAJAR UNIMAS DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA
 
Pada hari Ahad, 26 Januari 2025, Yayasan Perkasa Siswa menerima perkhabaran sedih mengenai kemalangan yang menimpa empat orang pelajar Tahun 1 Program Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
 
Sebagai tanda keprihatinan, Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan sesi ziarah pada hari Jumaat, 31 Januari 2025, di Hospital Umum Sarawak untuk menziarahi Dobora Anak Mikai, pelajar Tahun 1 Program Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UNIMAS.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Kaliyapan A/L Rajakumaran, Pengurus Pentadbiran & Kewangan, Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi.
 
Lawatan ini turut diiringi oleh Puan Elina Binti Jelani, Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Pelajar UNIMAS yang juga merangkap Ketua Seksyen Kebajikan Pelajar UNIMAS.
Semoga Dobora Anak Mikai diberikan kesembuhan segera dan dapat kembali meneruskan pengajian dengan penuh semangat.
Dalam suasana penuh hiba ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta seluruh warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada para pelajar yang terlibat.