PELUANG KERJAYA: KEKOSONGAN JAWATAN DI YAYASAN PERKASA SISWA
PELUANG KERJAYA:
KEKOSONGAN JAWATAN DI YAYASAN PERKASA SISWA
Yayasan Perkasa Siswa, di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mempelawa mereka yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
1. Penolong Eksekutif; dan
2. Pembantu Eksekutif.
Maklumat lanjut dan tatacara permohonan berkenaan jawatan-jawatan tersebut boleh diperolehi dengan mengimbas Kod QR yang terdapat pada poster hebahan yang disediakan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 November 2025 (Isnin).
Sila emelkan Surat Iringan, Resume, Gambar Passport, Salinan K/P, Salinan lesen memandu, Salinan Sijil Akademik dan / atau Transkrip dalam satu (1) fail Portable Document Format (PDF) melalui emel yayasanperkasasiswa@mohe.gov.my dan disalinkan kepada spk_yps@mohe.gov.my. Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 03-8870 6876.
Lokasi temuduga: Yayasan Perkasa Siswa, Aras 5 Kementerian Pendidikan Tinggi, Presint 5, Putrajaya.
Hanya calon yang BERJAYA disenaraipendek akan menerima panggilan temuduga.
#MalaysiaMADANI
#YayasanPerkasaSiswa
#kementerianpendidikantinggi